Friday, January 22, 2010

"Awak mudahkan Kerja Saya, Saya Mudahkan Kerja Awak".

"Awak mudahkan kerja saya, saya mudah kan kerja awak"...itu adalah kata-kata propaganda yg digunakan oleh aku bila masuk mengajar di dalam kelas. Oleh kerana aku mengajar (praktikum) murid sekolah rendah tahun 4 dan 5, masih ramai yg kurang faham maksud tersebut, tertanya2 apa yg aku hendak cuba smpaikan kepada mereka..mungkin dalam fikiran mereka akan berkata, "pakata cikgu tok, sik ku paham eh". Ada murid yang berani akan menyatakan diri mereka tidak paham dengan apa yang aku cuba sampaikan dan sebaliknya ada murid yang hanya membatukan diri dan sesat di dalam dunia mereka sendiri. Dan apabila sesat, mereka inilah yang akan membuat masalah dalam kelas.

Ini minggu pertama aku berpraktikum di sekolah SK Lumba Kuda, tapi aku msh blom msk mengajar, minggu kedua barulah aku mula mengajar dan seterusnya dinilai. Perasaan cuak dan takut sentiasa ada, lebih-lebih lagi bila aku akan dinilai oleh pensyarah dan guru pembimbing ketika mengajar. Pensyarah dan pembimbing akan memerhatikan dan memberi penilaian segala aktiviti P&P yang dijalankan di dalam kelas. slack skit maka akan kurangla markah aku..huhu.mintak2 dijaohkan..aku nk lulus dan jadi cikguuuuu. Dan pada masa itu juga diharapkan murid-murid aku engat apa yg aku dah nyatakan di atas, "Awak mudahkan kerja saya, saya mudah kan kerja awak".

Tugas aku bukan hanya mengajar, byk lagi tugasan lain yang perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Ini yang sedikit sebanyak membuatkan kepala aku berputar-putar kepeningan memikirkan yang mana satu harus disiapkan dahulu. Penyelesaiannya memang ada, cuma pelaksanaannya yang agak sukar dijalankan disebabkan oleh penyakit M.A.L.A.S. Perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berdisiplin insyaallah akan dapat membantu aku menyiapkan segala tugasan yang diberikan.(*peringatan kepada diri sendiri: JANGAN MALAS!)

-TAMAT-

p/s: Saya budak baru belajar,_______________. (isikan tempat kosong;))

No comments: