Sunday, January 24, 2010

Antara Aku Dan Mus May...

"Weh!Jangan Bising!"........ayat yang cukup tinggi nadanya.Setinggi suara Mus May (kurang skit la)..huhu..bayangkan kalo tiap hari asyik ulang perkataan yng sama dengan subjek (murid sekolah rendah) yang sama, Mus May aku rasa akan terpegun mendengar kenyaringan suara aku.huhu..mana x nya, dah tiap hari menjerit perkara yang sama, kiranya tu latihan vokal aku la.heheh.

p/s: Bosan? aku rasa x. Seronok? bleh dikatakan seronok, tapi x seronok sangat. stress?...bakal menjelma..huhu..


Friday, January 22, 2010

"Awak mudahkan Kerja Saya, Saya Mudahkan Kerja Awak".

"Awak mudahkan kerja saya, saya mudah kan kerja awak"...itu adalah kata-kata propaganda yg digunakan oleh aku bila masuk mengajar di dalam kelas. Oleh kerana aku mengajar (praktikum) murid sekolah rendah tahun 4 dan 5, masih ramai yg kurang faham maksud tersebut, tertanya2 apa yg aku hendak cuba smpaikan kepada mereka..mungkin dalam fikiran mereka akan berkata, "pakata cikgu tok, sik ku paham eh". Ada murid yang berani akan menyatakan diri mereka tidak paham dengan apa yang aku cuba sampaikan dan sebaliknya ada murid yang hanya membatukan diri dan sesat di dalam dunia mereka sendiri. Dan apabila sesat, mereka inilah yang akan membuat masalah dalam kelas.

Ini minggu pertama aku berpraktikum di sekolah SK Lumba Kuda, tapi aku msh blom msk mengajar, minggu kedua barulah aku mula mengajar dan seterusnya dinilai. Perasaan cuak dan takut sentiasa ada, lebih-lebih lagi bila aku akan dinilai oleh pensyarah dan guru pembimbing ketika mengajar. Pensyarah dan pembimbing akan memerhatikan dan memberi penilaian segala aktiviti P&P yang dijalankan di dalam kelas. slack skit maka akan kurangla markah aku..huhu.mintak2 dijaohkan..aku nk lulus dan jadi cikguuuuu. Dan pada masa itu juga diharapkan murid-murid aku engat apa yg aku dah nyatakan di atas, "Awak mudahkan kerja saya, saya mudah kan kerja awak".

Tugas aku bukan hanya mengajar, byk lagi tugasan lain yang perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Ini yang sedikit sebanyak membuatkan kepala aku berputar-putar kepeningan memikirkan yang mana satu harus disiapkan dahulu. Penyelesaiannya memang ada, cuma pelaksanaannya yang agak sukar dijalankan disebabkan oleh penyakit M.A.L.A.S. Perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berdisiplin insyaallah akan dapat membantu aku menyiapkan segala tugasan yang diberikan.(*peringatan kepada diri sendiri: JANGAN MALAS!)

-TAMAT-

p/s: Saya budak baru belajar,_______________. (isikan tempat kosong;))

Thursday, January 21, 2010

Aku Mau Senang, Senang Dan Senang...Dan Aku x Nak Masalah

Mudah.. M.U.D.A.H bukan mudah.com ok.MUDAH a.k.a SENANG adalah perkataan yang menyenangkan hati dan perasaan setiap individu di dunia. Siapa mau SUSAH? tolong bgtau aku sapa yg mau SUSAH? Sudah tentu tiada siapa yg mau susah, kalo ada pun tu golongan yg suka cari masalah.

Aku arini nk mngupas skit isu cari masalah yg menyusahkan.x kira la, mnyusahkan diri sendiri @ org lain. Manusia skang ni perangai, sifat, fiil suma lain2, x sama, berbeda dari suma perkara. pendek kata setiap manusia berbeza zahir & batin DAN yang PALING PENTING, manusia TAK PERNAH SEMPURNA (termasuk aku). ok, setel skit ulasan aku, seterusnyaaa.........

Mcm aku cakap di atas, manusia berbeza, x sama dan x sempurna, suma lain2 dari segi zahir dan batin. Pada zaman skarang ni, kenapa manusia suka sgt carik susah a.k.a carik masalah? adakah dorang akan dapat duit? adakah dorang akan dapat publisiti yg membuatkan mereka terkenal? atau adakah mereka akan rasa mereka cool jika mereka membuat masalah? hmm..entahla..hanya dorang yang suka carik masalah ni yg tau jawapan.

Aku ambik beberapa contoh isu / kes terpinggir individu yg suka carik masalah ni, salah satunya kes lontar bom petrol kt gereja, apa hal ??? dari ko baling bom petrol baik bg aku je petrol tu tuk aku isi minyak kereta aku. Harga minyak nk naek ko senang2 pegi buang.x ke bongok.ish ish..aku bukan nk menimbulkan isu sensitif @ mnyebelah mana2 pihak yg terlibat, kita rakyat Malaysia yg berbilang kaum harus menjaga kedaulatan dan keamanan negara kita daripada tergugat. Jgn biarkan negara kita berpecah belah.

Lagi satu kes baru yg tengah hangat sekarang kt dalam laman web sosial facebook, pasal Puan Hani Tarmizi yg mengutuk perempuan dari Sarawak ni kononnya bitch, slut sebab mengganggu suaminya. Aku x tau dia sekolah sampai takat mana, dah tau facebook tu laman web sosial,segala komen yg dia tulis akan terpampang di seluruh dunia,yg die tulis "benda hangat" tu watpe, kan skang dah kena sumpah dengan berjuta2 org rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Sarawak. Tindakan tu jaga wahai Puan Hani Tarmizi, jangan dek kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kalo dah rosak susu, belanga terbang ke kepala Puan Hani. nak kena baling ngn belanga? msti xnk kan. tau xpe. so lain kali bertindak dengan betul, jangan ekut hati dan perasaan. Perkara yang dicanangkan oleh Puan Hani perkara sensitif, boleh menimbulkan perpecahan dan menggugat keamanan negara. so jgn bertindak melulu. think twice & think wise ok Puan Hani Tarmizi??

hmm.. setakat ni jela celoteh dari aku. panjang sangat nanti susah gak. Aku x nk masalah.hee

p/s: nk sambong keja molah RPH..pantas pantas & cantas!! chaiyok!!

Wednesday, January 20, 2010

Salam Sejahtera

12 minggu, tempoh bg aku melaksanakan praktikum di sekolah. Bersediakah aku? Aku pun x tau. Juz wait & see la k. Harap segala perjalanan aku sepanjang praktikum berjalan dengan lancar. RPH sedia untuk dilaksanakan, ABM sedia untuk digunakan dan kemahiran bermian instrumen dipersembahkan dengan baik. Bukan untuk aku sahaja (60% tuk aju, 40% anak murid..heheh) tapi untuk bakal anak-anak murid aku yg hyperaktif, inovatif dan talkative. Segala pengetahuan yang diperolehi sepanjang KPLI akan digunakan bagi mnghadapi hari-hari yang mendatang sepanjang praktikum.

Semoga dijauhkan segala kesusahan dan malapetaka...

p/s: x tau nk tulis apa kos dah agak lamak sik update blog..sorryyyyy........